INFO KADET POLIS

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

1.PENDAHULUAN 
       (a) Bahagian XI Akta Polis 1967 telah membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis di mana-mana sahaja di dalam 
             Malaysia seperti yang diperintahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri; 
        (b) Pasukan Kadet Polis adalah:- 
              (i)    Pegawai Kanan PKP 
              (ii)   Pegawai Pangkat Rendah 
              (iii)  Kadet 
         (c) Penubuhan Kadet Polis adalah di sekolah-sekolah Menengah yang terbahagi kepada dua cawangan: 
              (i)    PKP Wanita 
              (ii)   PKP Lelaki 
         (d) Ahli-ahli PKP (Kadet dan Pegawai Rendah Kadet) akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah 
              dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan 
              Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran. 
         (e) Pasukan Kadet Polis adalah bergabung dengan Polis Diraja Malaysia tetapi ahli-ahlinya bukan Pegawai Polis 
              mengikut takrif yang terkandung dalam Akta Polis 1967.




2.TUJUAN DITUBUHKAN 

       (a) Peranan Belia Di Dalam "Nation Building" 
            Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang 
            dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara 
            bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab. 
       (b) Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah 
             (i)    Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal; 
             (ii)   Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan 
             (iii)  Memperkayakan masa lapang murid-murid 
        (c) Sebagai satu strategi 'Perhubungan Polis-Masyarakat'




3.MATLAMAT 

             Berasaskan pespektif-pespektif tersebut, tujuan-tujuan PKP adalah berikut:- 
     (a)    Memperkenalkan murid-murid sekolah kepada tugas-tugas Polis pada amnya 
     (b)    Menanamkan disiplin diri di alam persekolahan dan di luar sekolah 
     (c)    Memupuk perasaan patuh kepada peraturan dan undang-undang 
     (d)    Memupuk perasaan tanggungjawab dan kesedaran kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam hal-hal 
              keselamatan 
     (e)    Mewujudkan semangat perpaduan serta menjalinkan hubungan erat di antara Polis dengan orang awam 
     (f)     Menghindarkan anasir-anasir penyalahgunaan dadah, dan 
     (g)    Membentuk kekuatan fizikal dan kecerdasan mental.




Allahyarham Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Mahamad Salleh bin Ismail telah mengatakan semasa   merasmikan PELANCARAN Pasukan Kadet Polis pada 2hb Mac 1970. 

       "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and 

       healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new 

       breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."




4.KEAHLIAN 

       Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 
       21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka 
       yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain 
       daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.




5. SYARAT KEAHLIAN 


       (a)    Penuntut dari sebuah sekolah menengah berumur tidak kurang dari 14 tahun dan tidak lebih dari 21 tahun. 
       (b)    Guru yang berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari50 tahun dan telah diluluskan oleh YB Ketua Polis 
               Negara dengan persetujuan YB Menteri. 
       (c)    Penuntut yang tidak menjadi ahli Pertubuhan-Pertubuhan lain yang berpakaian seragam seperti Pengakap, SJAM, 
               BSMM dan lain-lain. 
       (d)   Semua ahli mestilah mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 135cm (4'6") bagi lelaki dan 128cm (4'3") bagi perempuan.
   
     

6.LATIHAN 

       Ketua Polis Daerah adalah dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan dan mengadakan perkara berikut:- 
       (a)   Kawad -- semua jenis 
       (b)   Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis 
       (c)   Pertolongan Cemas 
       (d)   Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruh 
                olehnya 
       (e)   Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali 
       (f)    Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.




7.ORGANISASI 

       Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. 
       Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Pelatun. 
       Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki 
       atau semua perempuan. 
       Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Penolong 
       Penguasa Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni 
       adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar. 
       Ibu Pejabat Kompeni terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. 
       Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang kopral. 
       Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah. 






ETIKA PAKAIAN KADET POLIS.

  

Pakaian kadet lelaki. 









Pakaian kadet perempuan.